28 September 2011

Kat twitter orang buat #childhoodmemories

Kat twitter hari keluar #childhoodmemories, so aku pun plan nak cerita top five aktiviti aku time kecik-kecik dulu yang sampai sekarang membangkitkan nafsu syahwat aku, eh membangkitkan memori aku. tersasul pulop.

#1 Tangkap berudu
Biasanya aktiviti ekstrem ni dilakukan tak kira tengahari, waktu petang mahupun waktu maghrib. task yang perlu dicompletekan adalah dengan memburu seberapa banyak berudu dalam longkang. dah dapat simpan dalam botol. siapa yang hardcore akan bawak baldi terus. dulu ada sekali aku try bagi berudu tu semua makan makanan ikan, sebulan lepas tu mereka tak jadi katak, mereka jadi ikan mas siot. kahkahkah. aku tipu je.

#2 Lawan pemadam
Game ni selalu berlaku dalam kelas waktu tunggu cikgu masuk. biasanya jenis pemadam yang power akan ada gambar bendera jamaica takpun england. nak tahu siapa juara bertahan senang je. selongkar bekas pensel, yang ada pemadam paling ramai, dialah champion. apa pun game ni satu aktiviti yang sihat sebab kalau menang dapat pemadam je. tak macam mat rempit yang menang race haram dapat bawak balik awek ajak tido sekali.

#3 Kenangan game tape
Antara game paling femes time tu super mario, game kereta kebal jaga kubu ada gambar helang dan game kereta yang kena amik simbol pam minyak, kalau tak kereta tu mati kat tengah jalan. zaman ni toksah cite la pasal grafik sebab kalau dapat main game bola yang orang dia macam orang lidi pun dah dikira paling advance. dan super mario tu takde la super mana sebab walaupun kepala dia boleh pecahkan batu, dia tetap mati bila langgar kura-kura. wadehel?

#4 Tukar-tukar biodata
Yang ni memang lucu. segala macam mak nenek info kalau boleh tulis, diorang nak tulis. nama penuh la, tempat lahir la, makanan kegemaran la, no plat kereta ayah sendiri la. tulis lak pakai pulak pen dakwat cair warna-warni. biasanya kalau awek tu cun, tulisan diorang lawa. awek gemuk lak tulisan diaorang pun lawa, tapi huruf tu selalunya lagi besar. taktau kenapa. kehkeh. paling takleh blah, akhir sekali mesti siap bubuh tandatangan dan kata-kata ucapan.

#5 Ngorat ikut BBM
Jangan tak percaya kalau aku cakap aku dah ada blekbewi sejak otw masuk darjah tiga lagi. zaman tu tak ramai lagi pakai. awek-awek sekelas aku pun bawak handphone besar bentuk botol air tu je masa tu. hujung minggu je mesti aku ping sofea jane tanya dia tak lepak sogo ke tak. nak ping kila fairy, dia tak femes lagi masa tu. bb pin aku time tu 4KUt1PUj3 kot kalau tak silap.

25 August 2011

Salam Aidilfitri buat sume.



Aku tujukan ucapan raya ala-ala kad versi wish ala siber untuk semua follower blog ni tak kisahlah golongan yang click button follow, golongan yang suka comment, golongan yang baca suka tapi tak reti nak comment mahupun golongan yang tak penah tahu langsung kewujudan blog aku ni.

Selamat aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Babai.


04 August 2011

Membangkit zaman kartun dulu-dulu.

Beberapa kartun favorite aku di zaman kemuncak pramatang:



Doraemon

Watak Doraemon buat persepsi aku terhadap kucing berubah serta-merta. Aku sedar yang kerjaya seorang kucing bukan setakat makan friskies atau tangkap tikus. Aku juga sedar kebodohan aku time kecik dulu bila mana aku mengharapkan kucing aku dapat terbang sambil tersenyum macam Doraemon.







Usop Sontorian

Ni memang true kartun wajah Malaysia. Semua bangsa ade beb termasuklah seekor ayam bernama Selebet yang kemungkinan berketurunan free thinker. Cerita ni jugak membuktikan yang sorang hero tak perlulah hensem sangat. Memang inspire abis sume aktiviti yang diorang lakukan kat kampung tu. Kanak-kanak zaman sekarang? Bunuh zombie pakai PSP boleh la. Pfft!






Dragon Ball

Kartun ni memang mesra dengan majoriti kanak-kanak lelaki. Ramai jugak kawan aku terpengaruh tido sambil tangan keluar api. Dulu cerita ni main hari Sabtu & Ahad kat TV2, so aku akan pastikan takde sebarang kelas tambahan anjuran cikgu-cikgu semangat lebih yang akan menganggu hubungan intim aku dengan Bulma.






Anak-Anak Sidek

Kartun ni berkisarkan macam-macam pengalaman sekumpulan anak Sidek time diorang kecik. Favorite aku ofkoz la Abun. Dulu setiap kali aku kena marah dengan abah aku lepas buat hal, aku akan sejukkan hati sendiri dengan mengatakan nakal tu takpe, sebab bila besar nanti aku mesti akan jadi pandai main badminton macam Abun.






Tom & Jerry

Orang tua-tua selalu cakap "ish korang ni macam anjing dengan kucing, pantang jumpa". Haa sebenarnya mutiara kata tu timbul dari kartun ni la. Aku tak sure kalau cerita ni dah ade sejak zaman kesultanan melayu melaka, tapi apa-apa pun dua ekor binatang ni memang cute dan bijak di mana korang takkan jumpa mereka di zoo berdekatan.






Slam Dunk

Dulu aku penah jadi obses sekejap dengan kartun ni gara-gara zaman hiphop. Yelah, basketball sinonim dengan hiphop kan, mana ade video clip Snoop Dogg main hoki yedak? Watak Hanamichi tu memang cool gile dan aku selalu ade perasaan nak slam dunk awek-awek satu sekolah rendah dengan aku kalau diorang tak senyum kat aku.






Popeye

Sailor yang legend habis dengan rokok golf dia tu. Dulu mak aku selalu jadikan alasan suruh aku makan sayur so nanti bila besar aku jadi sihat dan kuat macam popeye. Alhamdulillah jiwa aku kental, walaupun bila umur 20 tahun baru aku belajar makan sayur, aku tetap sekuat Malek Noor ketika berumur 5 tahun.







Pokemon

Aku memang respect habis kat cerita ni sebab bagi aku orang yang create karakter pokemon ni sume memang kreatif habis. Kau bayangkan betapa susah nak cipta satu watak yang comel gila dan masa yang sama boleh sembur api dengan ganas. Kau penah bayangkan Nasha Aziz sembur api bila korang dok rapat dengan dia? Sweet gile kan?